
afnan
I AM A LEADER NOT A BOSS
Ungkapan ini selalu diungkapkan oleh seorang ketua/pemimpin yang berjiwa rakyat dan mementingkan anak buahnya melebihi diri sendiri.Ungkapan ini selalu memberi satu peringatan kepada seorang ketua/pemimpin yang sebenar akan kedudukan dirinya di mana.Maka,ungkapan inilah dipegang oleh aku semasa memegang jawatan sebagai pengarah dalam kursus jalinan masyarakat pada semester ini.Jawatan ini amat berat bagi aku kerana aku tak pernah pegang jawatan sebagai ketua sebelum ini melainkan ketua tingkatan dan ketua rumah sukan.
Namun apakan daya diri ini merelakan jugak kerana aku tahu jawatan ini diberi atas kepercayaan sahabat-sahabat dan pensyarah.Jawatan ini cuma sekelumit kecil sahaja sekiranya nak dibandingkan dengan jawatan seorang perdana menteri Malaysia(huhuhu….).Walaupun begitu,konsep yang digunakan untuk memimpin adalah sama.Alhamdulillah bersyukur pada Allah,aku dapat melaksanakan amanah ini dengan baik.Bagi diriku amat berasa inilah pencapaian yang terbaik aku telah buat dan aku merasa puas tanpa sesalan.
Program E-JM pon dah habis dan berjalan dengan lancar.Aku telah belajar banyak perkara daripada program ini dan perkara-perkara yang baru.Aku juga mendapati banyak nilai yang berharga seperti intan permata yang telah aku kutip di program ini.Syukur ke hadrat illahi aku dikurniakan dengan sahabat ahli jawatankuasa yang sangat aktif dan bersemangat.Setiap kali aku berasa runsing dan agak penat,ada sahaja daripada mereka yang memberi semangat dan keceriaan kepadaku.Aku tidak lupa jugak kepada Dr Shahida yang membimbingku.I love you all so much for sake of allah and our ukhuwah,muahhhhh……
​
A PRECIOUS AND SWEET MEMORY
Kenangan…
Sakitnya bila diingatkan
Sukarnya untuk dilupakan…
Semakin dicuba untuk dielakkan
Semakin dekat ianya datang…
Kenangan…
Yang manis jadikan ingatan
Yang pahit jadikan pengalaman…
Usah biarkan kenangan meracuni fikiran
Kerana ia akan menghancurkan impian
Malah mungkin memusnahkan sebuah kehidupan…
​
Setiap perjalanan dalam hidup kita dan setiap apa yang kita lakukan pasti akan meninggalkan bekas sama ada manis atau pahit,namun bekas yang manis kita simpan sebagai kenangan manakala bekas yang pahit kita jadikan pengajaran dan sempadan.Semua kenangan dan memori yang dapat daripada perjalanan JM ini adalah manis belaka,pahitnya kurang sekali.Apa yang pahit itu adalah apabila program JM yang telah dirancang dan perlaksanaan serta persiapan hampir 80% terpaksa dibatalkan dek kerana datangnya kes kesihatan yang dilanda negara khususnya Malaysia iaitu COVID-19.Sudah pasti kami sangat berasa sedih dan sedikit marah dan hampir putus asa.Namun perkara itu tidak boleh disoalkan kerana kita sebagai seorang muslim sejati harus akur bahawa semua yang berlaku itu datang daripada Allah dan pasti ada hikmahnya.Sehebat mana kita merancang pasti perancangan Allah adalah yang terbaik.Walaupun begitu,kami teruskan jugak program dengan menukar cara pelaksanaanya dan strategi.Kami putuskan untuk mengadakan E-JM iaitu program secara alam maya dan ianya berakhir dengan jayanya.semuanya yang berlaku pasti ada hikmah,bak kata pepatah inggeris``Every Cloud Has A Silver Lining’’
​
Pengalaman yang manis pulak apabila aku melakukan kerja bersama-sama dengan sahabat ahli jawatankuasa dengan penuh gurau senda dan kegembiraan.Satu pengalaman yang paling manis bagi aku ketika dalam perjalanan program ini ialah apabila aku dan beberapa sahabat lain turun padang ke tempat program itu tersendiri.Kami melihat sendiri bagaimana pusat itu menjaga dan mendidik anak-anak oku.Aku terasa pilu dan sedih melihat mereka namun begitu aku tetap berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan anak-anak oku tersebut serta pengusaha pusat itu.Mereka merupakan insan yang sangat istimewa yang telah dianugerah oleh allah dengan kebolehan yang tersendiri dan tidak ada pada manusia biasa.Selain itu,aku memang tidak boleh lupa pengalaman waktu nak pergi ke sana,dengan menunggang motorsikal bersama kawan aku waktu tu,pada panas terik matahari.Habis sahaja kami melawat tempat tu,kami bercadang nak berbincang sebentar.Kami memilih untuk berbincang di KFC.Namun malang seribu malang,keadaan di KFC sangat sesak dibanjiri oleh mahasiswa universiti berdekatan yang sanggup beratur sehingga keadaan terlalu sesak waktu tu.Kami rasa pelik dan memandang sesama sendiri,kemudian baru kami teringat hari tu jatuh pada hari khamis(xingat sangat tarikh) dan pada hari tu la banyak kedai ``fastfood’’ buat promosi seperti TeaLive,Burger King dan lain-lain termasuklah KFC.Kami berpandangan sesama sendiri lagi dan tergelak.(hahaha…..).
​
Kemudian kami bercadang nak berbincang di tempat lain,kami pergi ke McD berdekatan.Sampai di sana,suasana di McD kelihatan tenang sahaja.Nampaknya McD tak buat promosi hari tu.``Yeah McD is the best place to discuss and do your work’’.Jangan study ja kat McD,kang tak pasal-pasal viral timbul isu.(hehehehehehe……).Sedang kami asyik berbincang,ada seorang sahabat kami yang baik hati belanja kami ayam McD.Dia belanja ayam ja takda air ngan aiskrim pon,hermm…apapon syukur dapat makan dan diberi sahabat seperti itu.Selepas tamat perbincangan,kami pon pulang ke kampus semula.Untuk pengetahuan,aku dengan kawan lelaki aku sorang ja tunggang motorsikal,kawan lelaki aku sorang lagi dan kawan-kawan perempuan lain naik kereta,hmm…..apalah nasib,terima ja la.Seusai sampai di kampus,aku nak gunting rambut tapi kedai yang popular tu tutup,terpaksa la pergi kedai biasa.lepastu,dia gunting pon tak cantik,sekali lagi,apalah nasib,reda ja la….Tup…Tap… lepas semua perancangan hampir siap,program terpaksa batal.apa boleh buat,semua duduk tepi koridor tengok lantai,memikir jodoh takpon masa depan.Alhamdulillah,sekarang ni program pon dah habis dan berjalan dengan jayanya.Kami tukar program di lapangan ke program di alam maya.Terboek.
Dengar citer program di lapangan nak buat tahun depan.iye ka.takpa,jom kita tunggu dan lihat….
​
​
A LETTER TO ALL DISABILITY PEOPLE OUT THERE
Ke hadapan golongan orang kurang upaya di luar sana,
Sewaktu masa dahulu,
Manusia di sekeliling anda semuanya sering menganggap anda adalah golongan yang tidak guna dan tidak bernilai di dalam kalangan masyarakat.Mereka sering mempertikaikan kewujudan anda semua.Mereka melihat anda sebelah mata sahaja.Mereka mengutuk dan mencaci anda semua.Banyak anggapan dan gelaran buruk yang mereka beri dan lontar kepada anda semua.
Mereka berkata,
``OKU ni mana ada guna,suka susahkan ja’’
``OKU ni,nak suruh kerja pon tak boleh,nak suruh buat apa-apa pon tak boleh’’
``Golongan OKU ni memang tak kan ada masa depan,kelam ja’’
Tetapi…
Anda semua tidak menghiraukan semua pandangan dan kata-kata daripada mereka.Anda memekakkan telinga daripada mendengar kata-kata mereka.Anda tidak berputus asa.Anda bangun dan berjaya membuktikan kepada mereka bahawa apa yang mereka anggap dan kata itu semua salah belaka.Akhirnya anda berjaya membuktikan kepada mereka bahawa anda semua adalah hebat.Terdapat ramai daripada golongan anda semua yang telah membuka mata masyarakat dengan pencapaian yang sangat hebat dan baik.Anda semua berjaya memasuki kesemua bidang pekerjaan dan kesemua bidang di negara ini seperti pendidikan,perubatan,sukan,politik dan lain-lain.Kini,anda telah dipuji dan diterima masyarakat.Masyarakat telah menyedari kewujudan dan kepentingan anda semua.
Setingi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada anda semua.Sekiranya ketika waktu akan datang,anda rebah semula,percayalah kami semua akan bantu anda semua untuk bangkit semula.Ingat anda semua tidak keseorangan,anda mempunyai kami dan Allah yang sentiasa berada di sisi anda semua.
ANDA SEMUA INSAN YANG ISTIMEWA DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA KAMI.TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KERANA HADIR DI DALAM MASYARAKAT KAMI.
Terimalah satu lirik lagu daripada kami,
Tiada siapa yang tahu…
Apakah yang ada di dadaku…
Ku sahaja yang tahu…
Apa yang ada di dadaku…
Hentikanlah marah dan cacimu…
Tinggalkanlah anggapan burukmu…
Dunia takkan berubah…
Kerna dunia kita berbeza…
Jabatlah tangan kami…
Bimbinglah kami…
Kitakan…
Satu hati yang sama…
​
​
Yang Benar,
Ahli E-JM
​
​