
aina
Bismillah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Saya nurul aina , ingin berkongsi sedikit pengalaman menjalankan program bring back the colour of happiness yakni program yang inigin memberi kesedaran kepada masyrakat tentang golongan OKU . Program ini dibawah subjek GIG1005 Jalinan Masyarakat dan Dr Shahida selaku penyelaras yang berwibawa , kreatif dan penyayang sepanjang tempoh program dijalankan .
​
Pada mulanya kami sepatutnya menjalankan program ini selama tiga hari di beberapa tempat , akan tetapi dengan keadaan yang tidak mengizinkan kami tetap jalankan program ini secara atas talian Alhamdulillah masih ada peluang untuk jalankan program ini Alhamdulillah Sejujurnya, saya tidak rela untuk masuk ke Unit Multimedia , akan tetapi tiada perempuan yang ingin mencuba masuk unit ini , akhirnya saya redha dengan ketentuan Allah dengan masuk ke Unit Multimedia dan Publisiti dengan sebab saya pernah duduk diunit multimedia satu ketika dahulu hahahaha . Mulanya terasa malu dan segan kerana ditakdirkan seorang perempuan sahaja di dalam unit itu , akan tetapi kesemua ahli unit sangat sporting dan sentiasa support each other . Pada saat itu , saya bangga duduk di unit ini . Pada saat ini , saya sedar bahawa unit multimedia memainkan satu peranan yang sangat besar atas sebab program ini dilakukan secara atas talian , saya mula risau takut tak dapat dan tak mampu untuk handle semua ini , tetapi dengan ahli unit yang sangat memberi kerjasama semuanya dipermudahkan .
​
Ketua unit , Syahmi Haikal , sangat baik dan sentiasa menerima sebarang idea daripada kami . Azrul , seorang yang sangat hebat dan pakar dalam mendesign poster , hamper kesemua poster semua adalah hasil tangan dia . Sejujurnya , memang saya tidak pakar dalam multimedia , ilmu saya terlalu cetek untuk duduk di unit ini . Akan tetapi , mereka tidak memandang rendah dannnnn selalu beri kerja yang saya mampu buat . Oleh itu , saya lebih kepada bahagian publisiti bersama dua lagi rakan di unit ini , iaitu saudara Alif dan Haziq , kami sama-sama untuk mencari follower di instagram , membuat caption , memuatnaik gambar dan sebagainya . So far , bekerjasama dengan mereka santai dan tidak memberi tekanan . Kami cuba untuk buat sebaik mungkin , dan korbankan masa dan tenaga dalam unit ini . Dalam tempoh sepanjang program ini berlangsung kami menerima pelbagai kritikan , nasihat dan pujian daripada beberapa pihak . Dengan menerima pelbagai pandangan ini , kami cuba untuk ambil yang positif dan buang yang negatif . Alhamdulillah semuanya berjalan lancer , tanpa ahli unit saya , saya tidak mempunyai apa apa untuk dibanggakan .
​
Dalam masa yang sama , kami semua tahun satu jabatan dakwah dan pembangunan insan sentiasa support each other walaupun kami berada di unit atau biro yang berlainan , kami sentiasa berkongsi idea , pandangan dan teguran bagi mencapai objektif program dengan baik . Walau bagaimana pun dalam pengalaman manis yang saya lalui , ada juga bahagian yang terasa pahit , dimana saya dikejutkan dengan berita bahawa ibu saya menghidap kanser . Sejujurnya , saya hamper putus asa dalam pembelajaran , saya sampai berfikir untuk tunda sem . Tinggalkan semua pelajaran dan fokus sepenuhnya pada keluarga , dengan nasihat dari sahabat - sahabat seperjuangan , saya kuatkan semula semangat , dan teruskan . Ahli unit saya dan rakan rakan lain memahami keadaan saya dan memberi ruang , dan sentiasa beri saya moral support sehinggalah habis program ini .
Alhamdulillah , dengan kudrat yang Allah beri pada saya dan rakan-rakan lain , kami mampu habiskan program ini dengan jayanya . Terima kasih Allah untuk kekuatan ini . Harapan saya untuk semua , semoga program yang kami jalankan memberi sedikit sebanyak impak yang positif kepada semua kerana kini , golongan OKU tidaklah lagi asing dalam masyarakat kita , malah mereka sebenarnya pelengkap kehidupan serta lubuk untuk mencari pahala dan kebaikan inshaAllah . Manakala untuk rakan-rakan , terima kasih kerana terima kelebihan dan kelemahan diri saya dan terima kasih kerana terus memberi semangat kepada saya . Tidak lupa juga kepada penyelaras tersayang saya , Dr Shahida <3 terima kasih kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami dengan penuh kasih dan sayang . Terima kasih Allah . Semoga kita semua dibawah lindunganNya sentiasa sayang semua illahitaala .
Wallahualam , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh <3 <3