top of page

HANNA 

Diariku Diarimu Jua ..

​

Hai semuaaa, so harini saya (dirahsiakan) nak cerita la sikit pengalaman ambik subjek JM atau boleh dikenali sebagai “Jalinan Masyarakat” . Antara subjek yang kami perlu duduki pada semester dua kali ini Subjek ni macam mana ya ? Okay, meh nak terangkan.. nama pun “ Jalinan Masyarakat” jadi mestilah aktiviti yang dapat menjalinkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat boleh dikatakan macam “volunteerism” jugak la :’) So bukan jabatan kami je, tapi semua jabatan yang ada kat Um ni kena ambik.. sebab apa? Sebab subjek ini merupakan subjek Universiti yang memang semua mahasiswa perlu ambil.

​

Jadi pada akhir sem 1 tu, kami dah start fikir apa program yang nak dijalankan, fikir macam mana nak cari duit dan sebagainya. Pada mulanya kami diberikan tugasan untuk mengemukakan idea tempat program.. hahaha apa lagi memang blur laaaa~~ tapi disebabkan tanggungjawab so, kena buat jugaklaa.. Banyak la nama tempat yang keluar dan siapa sasarannya.. Antaranya ialah berkaitan dengan “orang kurang upaya”.. ada jugak yang bagi idea nak buat kat JUVANA ..hehehe (saya la tu) .. so kita buat lain dari yang lain atas permintaan penasihat kami yang kami sayangi. Sebelum ni kan selalunya program motivasi dengan pelajar sekolah, so kalini kita buat lain sikit.

​

Alhamdulillah cadangan Oku diterima so kami pun bahagikan tugas apa semua. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Forum, temubual dan ziarah kanak-kanak Oku tersebut. Kami plan dalam tiga hari dan dalam tiga hari tersebut program yang berbeza-beza. Kalau nak cerita pasal duit, nak handle program ni memang kena cari duit, banyak ke tak tu bergantung pada program yang kita organise tu la. Kalau program besar, maka banyak laaa yang penting kena pandai berjimat .

​

So, apa yang kami buat untuk dapatkan sumbangan adalah kami sendiri diberikan taklifan untuk cari sumbangan sebanyak RM 100 setiap orang. Selain tu, kami juga bahagikan kumpulan untuk kutip sumbangan di masjid-masjid yang tertentu. Siapa la yang tak malu .. haha memang tebal muka ja la masa kutip sumbangan tu tapi sebab nak dapatkan pengalaman kita tebalkan muka biarlah berpanas-panasan pun , tapi pengalaman yang kita dapat tu bukan senang kita nak dapat. Bila ada peluang , grab la peluang tu.

​

Beberapa hari kemudian ( Semester dua )…….

​

            Program tersebut terpaksa dibatalkan…bukan sahaja program kami tapi melibatkan semua program. Perkara ini berlaku disebabkan isu Covid-19 ... agak sedih sedikit tapi takpela nak buat macam mana kan .. kita merancang, Allah juga merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. Nak tak nak, kena terima dengan hati terbuka. So nak tahu tak sama ada JM ni tetap dijalankan ataupun tidak ? Haa sabaq sat nahhh…

            Meh nak ceqita lagi … Jm tetap diteruskan seperti biasa tapi tukaq sikit jadi E-JM sebab online laa .. kan kita kena “stay at home” .. so kami buat program atas talian jaa.. Idea untuk aktiviti untuk E-JM disumbangkan oleh sahabat-sahabat hebat saya. Mereka semua hebat sangat dan dari segi gerak kerja pun sistematik dan teratur terutamanya Majlis Tertinggi la . Jangan kembang yeee ..hahaha…Okay sambung .. so aktiviti-aktivit yang dijalankan ialah Video kreatif oleh ahli E-JM sendiri.. kami kena buat video berkaitan Oku dan video tu setiap hari akan di post di akaun rasmi (JDPI19_20). Selain tu jugak, aktivti yang dijalankan ialah “Google form berkaitan Oku” .Untuk aktiviti ini, soalan yang diajukan ialah berkaitan dengan Oku, Kuiz berkaitan Oku dan akhir sekali aktiviti pertandingan poster…

​

            Jadi saya nak cerita pasal pertandingan poster.. bukan apa .. tapi sebab saya ni salah seorang yang handle aktivti poster tu .. heheh .. Pertama sekali saya nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada semua ahli yang sangat memberikan komitmen .. korang memang the best.. memang terbaik sangat la komitmen yang korang bagi. Alhamdulillah bersyukur sangat ada member macam korang :’) Antara tugasan yang diagihkan ialah buat link pendaftaran, hebahkan link pendaftaran tersebut, cari peserta bukan sahaja warga Um tetapi terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16-25 Tahun.

​

            Alhamdulillah untuk pertandingan poster ni dapat la peserta 20 orang keatas, bukan sahaja warga UM tapi ada yang dari IPG, ada yang masih kerja dan sebagainya.. Pertandingan poster ni berlangsung selama 2 minggu .. lepas je peserta submit poster, pic yang incharge akan menilai poster-poster tersebut bersama dengan juri jemputan dan juri tetap untuk memilih top 5.. agak susah jugak nak pilih top 5 ni sebab poster yang dihantar tu semua cantik2 ..huhuhu… so Alhamdulillah lepas dapat je top 5 tu, kami post di ig untuk penilaian juri awam selama tiga hari. Ada satu poster tu kan, masa-masa akhir tu “likers” dia naik mendadak fuhh.. kadang-kadang benda yang kecil ni lah yang akan mempengaruhi.

​

            Lepas je juri dah buat penilaian untuk memilih tempat pertama, kedua dan ketiga, kami pun umumkan di akaun rasmi JDPI fuhh hadiah mmang gempak laa .. memandangkan nak raya time tu so anggap je la duit raya kan … Alhamdulillah dengan pengumuman tersebut, maka berakhirlah aktiviti kami..

​

Di sini saya nak ucapkan terima kasih tak ternilai kepada Dr Shahida, penasihat kami yang sentiasa membimbing kami dari mula sehingga akhir . Seterusnya kepada majlis tertinggi E-JM, terima kasih kerana banyak membantu kami dalam menjayakan aktiviti ini. Unit Multimedia sangat –sangat membantu kami dengan penghasilan hebahan poster yang cantik, yang tak pernah menghampakan kami, mintak je poster macam mana, diorang mesti akan buat sehabis baik :’) Dan akhir sekali, terima kasih kepada semua sahabat yang saling bantu membantu antara satu sama lain untuk menjayakan semua aktiviti ini. Banyak yang dapat saya belajar daripada korang semua. Akhir kata, korang memang awesome, mantap dan terbaik :’)

​

 Sekian :’)

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page