
HIDAYAH
Kadangkala, ada seperkara yang tak dijangka berlaku mengubah arah hidup kita sekelip mata.
Mungkin apa yang membahagiakan anda hari ini akan hilang pada esok hari. Setiap benda akan sentiasa berubah, sama ada kita suka atau tidak.
People and circumstances come and go. Life doesn’t stop for anybody.
“saya tahu bercakap memang senang berbanding kita yang sedang merasainya…….”
Sudah menjadi lumrah seorang insan, ada ketikanya kita berasa sangat lemah dan tertekan dengan kejadian kejadian yang berlaku dalam hidup.
Namun selagi kita bernyawa, kita sentiasa ada peluang untuk muhasabah dan memikirkan kembali setiap tindakan kita, dan teruskan membuat perkara tepat selagi berpeluang.
Disini saya cuba berkongsi pesanan hati yang boleh kita sematkan dalam dada tatkala dirundung patah semangat:
“Mungkin apa yang kita impikan terlihat sangat sulit tapi, sesulit apapun hal itu bukan bererti hal itu menjadi tidak mungkin”
Dengar:
Walaupun anda sudah berjaya melangkah kaki ke alam universiti……
…..itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih belum cukup bagi remaja yang bergelar student.
Sebagai seorang student, saya akui memang banyak cabaran yang telah, sedang dan akan dilalui. Namun, cabaran itu bukanlah penghalang untuk kita berjaya.
Jadi ……….
Pada semester 2, tahun 2020, kami telah mendaftar subjek Jalinan Masyarakat sebagai salah satu subjek wajib universiti. Tak pernah terjangka oleh akal, apa yang telah kami rancang untuk program kami akan terkubur menjadi satu kenangan dan pengalaman yang sangat indah dalam kotak memori.
Seluruh dunia digemparkan dengan sejenis penyakit yang tiada penawarnya. Sehingga kini Virus Covid 19, memberi kesan kepada semua makhluk di muka bumi. Maka, perancangan kami untuk menjalankan program Bring Back The Colors Of Happiness iaitu program bersama kanak kanak kurang upaya terpaksa ditangguhkan sehinggalah kerajaan Malaysia mengarahkan semua akiviti sosial diberhentikan untuk seketika atas faktor keselamatan individu. Sememangnya tak dapat dinafikan bahawa perasaan ‘excited’ itu kian memuncak kerana kami telah hampir dengan tarikh program iaitu pada 17-19 April 2020. Tetapi perancangan Allah itu lebih hebat bukan?
Saya sangat kagum dengan semangat classmate JDPI saya kerana, kekuatan semangat mereka sungguh luar biasa,tak pernah pudar. Gigih mencari dana, menyusun strategi, saling support each other dan tak pernah jemu untuk melontarkan idea! Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga…Tanpa anda semua kita takkan dapat laksanakan program sehebat ini. Kita telah pun berlayar saat nakhoda lain masih merangka strategi… Jazakumullahu khairan kasira…..
Jadi apakah kesudahan untuk program kami?
Setelah berbincang dengan pensyarah bimbingan kami, Dr Sha, walaupun dengan berat hati dan kecewa, dengan sebulat suara kami memutuskan untuk menggantikan program kami dengan beberapa aktiviti lain iaitu pertandingan melukis poster bertemakan OKU, rakaman video kreatif, quiziz dan juga soal selidik. Agak mencabar juga walaupun kami hanya bersua muka di laman sosial,eceh dah macam lirik lagu pula…. dan berprogram sekadar atas talian. Wah, unbelievable! Memang sesuatu perkara yang tidak dijangka! Tetapi alhamdulillah, dengan izinNya serta berkat kerjasama dari semua pihak kami telah dipermudahkan semua serta berjaya melaksanakan semua aktiviti tersebut dalam tempoh PKP di samping dengan harapan dapat memberi sedikit manfaat kepada masyarakat. Dan sekarang, tugas kami untuk subjek Jalinan Masyarakat hampir sampai ke penghujungnya.
​
Sebagai pengakhiran untuk penulisan ini, saya hadiahkan anda dengan beberapa rangkap pantun:
Hati senang bikin ketupat,
Hendak dimasak di hari lebaran.
Carilah ilmu sampai dapat,
Jangan sampai putus harapan.
Sawah lebar ditebar benih,
Ikan sepat berenang di rawa.
Berletih letih belajar hari ini,
Agar bahagia di hari tua.
Tongkat tajam ditancapkan,
Menghujam jauh ke dalam tanah.
Selamat berujian saya ucapkan
Untuk kamu yang disana.
Apa pun yang anda lalui sekarang,kuatkan semangat! Banyakkan berdoa. Jangan putus asa…. Ujian takkan pernah habis. Lebih-lebih lagi untuk student yang masih berjuang, teruskan perjuangan anda hingga ke akhirnya. In shaa Allah, kejayaan pasti milik anda dunia dan akhirat. Semoga kita bersua lagi. Terima kasih!