top of page

MAIZATUL

Kami pelajar tahun satu,

Mengambil subjek jalinan masyarakat,

Pada mulanya kami buntu,

Tapi akhirnya kami berjaya buat.

 

Program kami sangat hangat,

Banyak ujian kami alami,

Dr Shahidah pembakar semangat,

Itulah dia penasihat kami.

 

Mesyuarat pertama kami pening,

Namun kami tetap bertahan,

Banyak idea yang dirunding,

Dan oku menjadi pilihan.

 

Bila bekerja ada kalanya terasa,

Dek salah faham antara kita,

Biarlah itu sebagai perencah rasa,

Tanda menariknya jalan cerita.

 

Setiap program perlukan duit,

Maka kami berusaha dapatkannya,

Kami percaya we can do it,

Jual boba adalah antaranya.

 

Gerak kerja perlu dibentang,

Kami mula berasa gigil,

Saat hujah kami ditentang,

Mulalah semua saling terpanggil.

 

Kami rancang program 3 hari,

Ada macam-macam aktiviti,

Tapi bila covid menghampiri,

Kami ubah untuk sejukkan hati.

 

Ejm hasil kata sepakat,

Untuk gantikan program lalu,

Deminya kami bermuafakat,

Moga semuanya diberkati selalu.

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page