top of page

haikal

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Wal ‘aqibatu lil muttaqin. Wala ‘udwana illa alaz zholimin. Was solatu was salamu ‘ala asyrafil mursalin. Wa khatamin nabiyyil ummiyyi wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’in.

​

     Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat pembaca yang dikurniakan nikmat akal untuk membaca penulisan ini. Semoga sahabat pembaca semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa hidup dalam rahmat-Nya. Saya Syahmi Haikal Bin Syahruddin, seorang yang otaknya lagha-lagha, seorang hamba yang berbolak-balik hatinya dan seorang yang malas membuat kerja haha. Saya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Dalam penulisan ini mungkin saya akan menggunakan serba sedikit balaghah/gaya bahasa Sabah saya. Jadi, kamu faham-fahamlah ya haha. Saya pun tidak tahu sebenarnya mau cerita apa, tapi saya cerita jaklah apa yang saya tahu. Eh.

​

     Saya bahagikan sejarah program Jalian Masyarakat kami ini kepada 2 bahagian; 1. Sebelum Covid-19 2. Pasca Covid-19. Saya boleh cakap yang program Jalinan Masyarakat kami ini amat unik kisah perjalanannya. Dan terdapat ‘plot-twist’ dalam kisah kami ini ala-ala movie gitu. Ececeh. Saya buat timeline saya sendiri supaya sahabat pembaca semua tahu flow Penulisan Kreatif seorang Syahmi Haikal ini:-

​

Cuti Semester 1:-

  1. Perkampungan Bravo Project 3.0

  2. Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat

​

Kuliah Semester 2

  1. Misi BRAVO Project 3.0 di Palu

  2. Pasca Covid-19:-

  3. Kurantin di KK10

  4. Kurantin di KK5

​

Hah, nampak macam movie bersiri Penulisan Kreatif saya ni. Kalah-kalah film series Maze Runner haha gurau-gurau.

​

     Seingat saya lah, kami Pelajar Tahun 1 Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan sesi 2019/20 dah mula memberi sentuhan sedikit dalam program JM ini sebelum berakhirnya Semester 1 lagi. Melantik siapa jadi MT dan ketua-ketua dan ahli-ahli unit, mencadangkan bentuk program yang nak dibuat, berbincang inisiatif untuk mendapatkan dana, dan lain-lain. Paling penting time tu kami dah berinteraksi dan mendapatkan khidmat nasihat daripada penyelaras program JM kami iaitu Dr. Nur Shahidah Binti Paad.

​

     Time cuti sem 1, kami dah mula sebarkan poster mohon sumbangan dana. Itu gerakan awal lah dalam cari dana ni. Time tu saya memang tak balik KK langsung lah pasal ada Perkampungan Bravo Project 3.0 ngan Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat.

 

     Time dah start sem 2, kami memperkasakan lagi gerakan kami dalam mencari dana. Kami buat kutipan kat masjid-masjid, approach sponsorship, buat sedikit jualan dalam kolej dan fakulti dan lain-lain. Semua usaha kami ni sempat jugaklah buat dalam 4 minggu awal sem 2 gitu sebelum berlakunya ‘plot-twist’.

​

     Time minggu ke-5 sem 2 tak silap saya, saya pergi menjalankan misi kesukarelawanan under Bravo Project 3.0 di Palu, Indonesia. Bekas tempat berlakunya banyak gempa owh, bikin takut owh. Tapi hati ni dah jadi brutal macam batu dah hasil masuk askar, so pergi jaklah. Aku happy-go-lucky jak haha. Hah, time ni lah elemen plot-twist tu muncul. Tengah-tengah ko syok menjalankan aktiviti sukarelawan di luar negara, tiba-tiba Malaysia umumkan PKP. Habissshhh! Pressure auto tambahlah. Program JM tu memang dah konfem tak dapat buat punya. Kami Team BRAVO di Palu sini merenung jauh dapat lepas atau tak kalau balik Malaysia ni. Dipendekkan cerita, alhamdulillah kami dapat lepas balik Malaysia. Memang cabaran time perjalanan pulang tu sangat hebatlah, dari sebelum subuh lagi kami gerak dari Palu sampailah selamat mendarat di KLIA time malamnya. Seharian owh, sekatan tu sekatan ni, filght dicancel, ada kluster tabligh lagi terserempak ramai time tu, dan lain-lain.

​

     Sabar, bossku. Isu tu masih hangat lagi lepas tu. Kami dah selamat menginap kat kolej dalam 3 hari dah, tiba-tiba pihak KKM suruh kuarantin 14 hari bagi sesiapa yang baru datang dari luar negara. Lalu kami pun Team BRAVO seangkatan packing lah barang pindah KK10(Kolej pelajar-pelajar international) untuk tempoh itu. Tapi, saya rasa syukur jugaklah pasal BEST pulak tinggal KK10 ni. Macam hotel kah3.

(Ok, dah2 lah cerita pasal tu. Ayuh kita ke pangkal jalan cerita JM)

​

     Time PKP fasa 3 gitu, Afnan(Pengarah) and geng MT lain mencadangkan beberapa cadangan untuk menggantikan program JM yang sedia ada tapi terbantut itu. Hasil daripada perbincangan sesama rakan-rakan lain, majoriti bersetuju menjalankan JM secara online dan terhasillah ‘E-JM’. Saya time tu memang dalam mood malas semalas-malasnya, lantak jaklah follow mana yang terbaik haha. Ni antara satu keunikan JM kami, bila mana geng-geng jabatan lain menangguhkan dahulu program JM diorang sehingga timing yang tepat, kami tetap komited(eseseh gitew) meneruskan program JM kami walaupun sedang dalam cuti midsem 2 selama 5 minggu. Haha dalam hati aku “…kerja lagi hmmm…”.

​

     Alhamdulillah, sedar tak sedar, E-JM kami pun dah sampai penghujung. Boleh kira tamatlah. Ni lagi satu keunikan JM kami, kami dapat siap awal wuhuuu! Selain itu, E-JM kami juga telah menjadi sumber rujukan bagi geng-geng jabatan lain. Rasa bangga jugaklah HAHAHAHAHA astaghfirullah.

​

     Apa yang saya dapat daripada E-JM kami ni? Saya rasa E-JM kami ni SANGAT-SANGAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA DIRI SAYA walaupun pada mulanya saya redha follow jak kah3. Perkara yang menduduki hierarki tertinggi dalam manfaat kepada diri saya ialah SAYA FIRST TIME BELAJAR EDIT GUNA PHOTOSHOP DENGAN MANTAP OWH. Seriously, buat pertama kali dalam sejarah hidup saya dapat edit sesuatu benda yang saya memang benci time sebelum-sebelum ni. Disebabkan saya ahli Unit Multi, tambah-tambah lagi buat program JM secara online, memang saya responsible lah untuk jayakan E-JM ni. Syukur saya dikurniakan orang-orang rajin dalam Unit Multi, kredit kepada Aina, Aleppo, Ziqq dan paling aku nak bagi kredit sekali dekat Azrul, pasal kerajinan dia lah aku pun tiba-tiba terdorong mau jadi rajin. Seriously, nampak sangat aku dari lepak-lepak sama member di kolej terus jadi rajin menghadap laptop sampai pagi buta owh. Ini lah yang dikatakan MINAT, bila mana kau minat sesuatu benda maka akan wujudnya PASSION. Sekali lagi, thanks, Azrul! Selain itu, aku jadi rajin bukan pasal apa, tapi pasal kena lantik jadi Ketua Unit Multi pulak time E-JM ni haha. Mati aku. Kelancaran E-JM kami ni bukan setakat daripada hasil perancangan geng-geng MT, tapi perlu based on Unit Multi tu jugak pasal segala aktiviti dan posting di media sosial bergantung kepada bagaimana Unit Multi handle. Aku pun tiba-tiba rajin ambil pen lukis the whole plan perancangan E-JM ni  atas kertas kosong. Macam bukan diri sebenar aku rasa. Hampir setiap minggu aku sentiasa cakna ambil berat pasal aktiviti-aktiviti daripada unit-unit lain supaya nak pastikan keselarasan E-JM ni. Maksudnya taknak ada kecacatan lah. Aku nak E-JM JDPI 2019/20 ni sampai kepada THE BEST VERSION OF ITSELF. Aku rasa aku OCD time tu haha sampai lupa dunia, focus E-JM jak. Boleh sampai tak rasa lapar dan tak makan owh haha gg.

​

     Terima kasih kepada Dr. Nur Shahidah Binti Paad atas segala tunjuk ajar dan ilmu bagaimana nak handle sesebuah program. Terima kasih kepada rakan-rakan atas semangat yang ditunjukkan, saya pun auto-semangat haha. Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa update dengan E-JM kami ini.

​

     Itu sahaja kot yang saya nak cerita pasal E-JM ni. Maaflah saya pun tak tahu nak cerita apa sebenarnya sampai cerita ngarut aku melebihi content E-JM ni kah3. Saya ni antara yang lemah dan kurang memberi sumbangan kepada E-JM ni pasal komitmen kawan-kawan lain lebih hebat berbanding saya ni.

​

     Tengoklah, saya baru siapkan Penulisan Kreatif ni beberapa puluhan minit sebelum deadline hantar dekat Aiman dan Izyan HAHAHAHAHA. Moga-moga kamu jangan pening baca karya 1100 lebih patah perkataan aku ni. Semoga semua daripada kita sentiasa berada dalam keberkatan dan perlindungan-Nya. Ok, chaw.

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page