top of page

syasya

Sabar- sabar, mesti nak tau kan, pasal apa, panjang ke best ke. Haaa,jadi kalau nak tahu korang wajib baca sampai habiss tauu. Hehe.

​

       Eh lupa pula, sebelum aku nak kenalkan, nama aku Syasya. Pelajar tahun 1 di Universiti Malaya ( bangga jap) hehe, Alhamdulillah universiti impian. Aku budak fakukti Pengajian Islam, ambil kos Usuluddin, Dakwah dan Pembangunan Insan ataupun yang lazim dalam kalangan kitorang kitorang,( JDPI).

​

        Jadi, ‘ JM’ ni sebenarnya Jalinan Masyarakat, antara subjek wajib yang aku wajib ambil masa sem 2. Sebelum PKP lagi sebenarnya JM ni dah dijalankan. Haa tu ceghitanya. Haa belum habis, JM ni dimonitor atau dipantau lah oleh Dr syantik dekat JDPI ni. Hehe, puji sikit. Lepastu nak bagitahu jugak JM kos aku ni disertai oleh 23 orang pelajar. Iyeee ,ni semuaa kawan-kawan den lah satu kos.

​

        Ok, dah tau sikit an. Haa ni nak bagitau pulak, apa tema JM ni?

​

        Jalinan masyarakat aku ni bertemakan ‘Bring Back The Colours of Happiness’. Haa kedengaran omputeh gitu. Haha. Program ni tentang OKU tau, macam Santuni OKU gitu. Sebelum PKP haritu lagi kitorang dah jalankan JM ni. Ketua JM ni, nama dia Afnan, penolong dia pulak nama dia Maiza. Diorang ni memang bagus lah. Dapat je je tema tentang OKU ni,kitorang terus rancang sama-sama dekat bilik jabatan. Masa tu semua orang bagi cadanganlah pasal JM ni nak buat aktiviti apa, tempat dekat mana ,pengangkutan, nak cari dana macam mana, apa semua lahh. Haha rindu pula bila ingat balik.

​

        Bagi aku JM yang sebelum PKP ni yang paling aku tak boleh lupa, masa meeting dengan Dr. Sha, hehe bedebar-debar. Haha. Mula- mula MT bentang, termasuklah SU, si Aiman  , Izyan aka. Kak Yan yang steady, bendahari haa  kak Solehah. Mantap. Lupa pulak nak bagitau, aku Ketua Unit Pengisian masa ni dengan kak Sarah, Kak Dayah dan kak Alen. Selain job skop ni ada Unit Pengangkutan dan Logistik, Unit Dana, Unit Hadiah dan Cenderahati, Unit Perhubungan Luar dan Unit Makanan. Masing menanti dengan debaran di dada untuk bentang haha.

​

      Ha, ni aku nak cerita, perancangan yang bagi aku dah 70 peratus siap lah, cuma nak buat je aktivitinya. Program kitorang selama 3 hari. Hari yang pertama tu ,program dirancang berlangsung di The Cube, Akademi Pengajian Islam, buat forum,kami jemput 3 orang ahli panel. Hari kedua tempatnya di Masjid India, kawasan Sogo dan Jalan Tar, nak buat aktiviti ala-ala ‘social experiment’ dengan masyarakat untuk kumpul maklumat tentang pengetahuan dan pendapat mereka tentang OKU. Akir sekali, hari ketiga dekat pusat jagaan anak yatim (Allah tak berapa ingat di mana) , haa ni ada slot bersama-sama  dengan kanak-kanak OKU dan ibu bapa juga.

​

     Perancangan dah siap semua, tiba-tiba Allah turunkan musibah Covid-19 ni kan. Jadi JM kami pun tergendala dari segi pelaksanaannya. Bayangkanlah, dua aktiviti kami outdoor ,jadi agak sukarlah untuk nak laksanakannya . Tapi tak apalah mesti ada hikmah di sebalik semua ni. Gitu. Jadi , pada awal PKP memang agak ketiadaan idea untuk teruskan JM ni. Tapi, macam aku cakap , kawan-kawan aku semua memang semangat belaka. Jadi kami pon buat E-JM, konsep kami kekalkan, masih mengenai golongan OKU.

​

    Nak tau kitorang buat macam mana?

​

    Kami rancang untuk buat ‘Google Form’ untuk mengumpul maklumat mengenai pengetahuan dan pendapat mahasiwa di Fakulti Pengajian Islam tentang OKU. Seterusnya setiap ahli juga wajib untuk membuat video mengenai video yang berkisarkan OKU. Kalau korang nak tengok nanti janganlah lupa ikuti di Instagram kami di jdpi_1920. Sempat ‘promote’, haha. Selain itu, kami juga ada menganjurkan kuiz yang terbuka kepada umum untuk menyertainya dan ada hadiah juga disediakan.

​

     Sepanjang E- JM , Alhamdulillah walaupon hanya secara atas talian tapi dengan kerjasama semua ahli dan atas pertolongan Dr. Sha juga kami telah pun berjaya menyempurnakan subjek Jalinan Masyarakat. 

​

     Apa yang aku dapat sepanjang subjek JM ni dijalankan?

​

     Banyak sangat ilmu dan penambahbaikan yang aku dapat tentang berorganisasi, hubungan silaturrahim juga dapat lebih dieratkan lagi. Perkara paling penting adalah, melalui JM ni aku dapat banyak info tentang OKU. Contohnya, cara berdakwah orang OKU, ciri-ciri OKU dan sebagainya. Program-program sebegini sewajarnya diteruskan supaya golongan OKU akan terus disantuni dan supaya timbul kesedaran kepada masyarakat bahawa orang OKU ini setanding seperti manusia normal. Mereka mungkin kekurangan pada pandangan mata manusia, tetapi mereka insan luar biasa.

​

Sekian dari aku, Syasya. Kalau korang ada peluang untuk join program berkonsepkan OKU sertailah dan rasai pengalaman sendiri. Assalamualaikum.

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page