top of page

nurikmal

Jalinan Masyarakat (JM) ni bagi saya memang agak mencabarlah tapi serious talk best sungguh! Based on apa yang senior cerita pasal JM ni, ada lah perasaan tak sabar, risau jugaklah nak berJM ni awal-awal tu. First meeting untuk JM, alhamdulillah nampak lah semuanya memang bersemangat. Macam-macam idea diberikan oleh ahli JDPI tahun 1 ni. Dari nak lantik pengarah sampai ke nak bincang ajk, smua rancak bagi cadangan.

​

Okey, so bagi saya antara benda bagus time kami bincang pembahagian biro dan tugas ni ialah kami dibahagikan tanpa memilih member-member yang biasa kita lepak sama. Not sure lah orang lain tapi bagi saya, yes saya dapat team dengan orang yang saya memang kurang rapat awal tu. Tapi alhamdulillah, team mates saya ni memang padu. Senang sungguh nak bincang pape. Kami juga diguide oleh timbalan pengarah yang memang banyak membantu kami luar dan dalam. Tapi dalam kegembiraan tu, still ada juga ujian or cabaran. Kami dua-dua tiada pengalaman dalam unit Perhubungan Luar. So, benda ni bagi saya agak mencabar dan memang pengalaman baru.

​

Bagi saya, saya melalui dua peringkat sepanjang menjalani JM ni. Masa peringkat pertama ni, saya try untuk kenal dengan team mate dan ahli lain dengan lebih baik supaya senang nak buat kerja sesama. Pada peringkat ini juga, saya telah cuba untuk membiasakan diri untuk berhubung dengan pihak lain dengan cara menghantar email dan contact dekat beberapa syarikat untuk mencari dana dan sponsor tetapi akhirnya email tersebut didelete sebab awal tu, JM kami belum dirancang dengan baik lagi. Kertas kerja juga belum jelas dan ayat dalam email tu pun tidak begitu formal. Jadi saya delete balik. Time peringkat pertama ni jugalah, kami ada first meeting dengan Dr. Sha. Time tu barulah sedar yang sebenarnya bonding kami tak padu and banyak lagi kena belajar. Dengan kata lain, bagi saya peringkat pertama ni lebih kepada membiasakan diri saya.

​

Peringkat kedua pula lebih baik daripada peringkat pertama sebab time ini JM ni telah dikemas kini dan dibuat penambahbaikan. Kertas kerja juga lebih jelas daripada sebelumnya. Jadi bermulalah kerja kami yang sebenar. Unit Perhubungan Luar (PERLU) telah ditugaskan untuk mencari dan berhubung dengan 3 orang ahli panel forum, pihak yang dapat membuka booth, dan juga mencari ‘crowd’ bagi memastikan program JM ini meriah. Alhamdulillah kami berjaya jumpa beberapa orang panel, pihak yang ingin membuka booth dan juga pihak yang sudi memeriahkan program JM. Alhamdulillah kami juga telah dibantu oleh Dr Sha sendiri yang mencadangkan kepada kami beberapa nama panel dan juga pihak yang ingin membuka booth serta sudi menjadi crowd.

​

Ketika berhubung dengan pihak-pihak tersebut, saya belajar banyak perkara antaranya cara berkomunikasi, cara buat ayat email dengan lebih baik dan juga belajar untuk bersabar. Ini sebab banyak syarikat atau pihak yang mereject atau tidak dapat join program ini kerana masing-masing busy dengan program lain. Ada juga pihak yang tidak dapat bekerjasama kerana ketika itu, musim COVID 19 baru naik di kawasan KL so pihak tersebut tidak mahu mengambil risiko.  Ada juga pihak yang bertanyakan detail program JM ni dengan begitu detail but at last tak jadi join. Tapi takpe, perkara itu menjadi indah dan pengalaman bagi kami sebab bila orang reject, that means there are something yang kurang dgn program kami atau pun memang pihak tersebut takleh nak join.

​

Bila kerajaan umumkan PKP, maka secara automaticnya program JM kami ni pun terpaksa dibatalkan. Saya agak kecewa lah sebab kami dah berjaya contact dengan beberapa pihak dan mereka juga setuju tapi terpaksa dibatalkan. Tapi alhamdulillah JM tadi telah digantikan dengan E-JM. E-JM ni tidaklah terlalu payah seperti JM tadi sebab kami tidak perlu mencari pihak sponser, idea asal JM iaitu bertemakan OKU tadi pun kami just ubah beberapa perkara je seperti aktiviti yang akan dijalankan, masa dan peserta. Semasa E- JM ni, kami juga telah dibahagikan semula dengan ahli dan tugas yang baru. Alhamdulillah saya ditakdirkan lagi dapat kumpulan yang super awesome. Semuanya perform belaka. Kami telah diberikan tugas untuk menguruskan pertandingan poster. Alhamdulillah, kami dibahagikan tugas dengan jelas dan setiap ahli memberikan kerjasama yang baik apabila diminta untuk memberikan cadangan atau komen. Walau bagaimana pun, beberapa masalah kecil juga wujud ketika E-JM ni seperti masalah internet slow. Perkara ini menyukarkan saya untuk berhubung dengan ahli team yang lain. Tetapi mereka sangat baik dengan membantu memenuhi setiap kekurangan dan masalah yang dihadapi.

​

Selepas beberapa bulan struggle untuk E-JM, alhamdulillah E-JM pun tamat. E-JM kami disambut dengan galakan yang memberangsangkan. Jadi, saya berharap agar apa yang kami buat untuk E-JM ni taklah terhenti bila habis E-JM ni, tapi jalinan masyarakat ni terus terjalin sehingga dapat menjadi asbab kita masuk ke syurga kelak dan to all my friends, thanks for being good to me and thanks juga pada siapa yang terlibat sepanjang E-JM ni tak kira secara langsung mahupun sebaliknya.

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page