top of page

izyanti

Assalamualaikum.

​

Selamat datang ke ceritera Naib Setiausaha Izyanti Afiqah.

​

Segala yang saya ceritakan disini merupakan pengalaman dan harapan saya buat JM kami.  JM kami bermula dengan kesungguhan pensyarah serta orang kuat pada waktu itu Afnan dan Aiman dalam menghasilkan JM paling terbaik bagi sesi kalini kerana pada sem depan JM berkemungkinan diganti dengan subjek lain.

​

Meeting pertama kami diadakan semasa exam final sem 1 untuk melantik jawatan dan membahagikan tugas kepada ahli-ahli jm. Semasa kami sedang bercuti final sem 1, kami telah  diberikan tugas mengenai jm seperti menyediakan kkp, mencari tempat dan pengangkutan berkaitan dan menempah baju. Aku hairan kenapa jm kami begitu cepat eprsediannya memandangkan jabatan lain belum membuat persediaan seperti kami.

​

Kemudian apabila sem 2 bermula, maka bertambahlah komitmen kami. Kami perlu mengadakan mesyuarat bagi mendapatkan update, menyelesaikan masalah dan mencadangkan perkara untuk melancarkan program. Keadaan yang paling cuak apabila perlu membentang dalam mesyuarat di hadapan Dr Sha. Selain itu, faktor pemarkahan yang diberi Dr Sha juga mencuakkan aku kerana aku khawatir akan sikap mementingkan diri aku dan sambalewa. Walaubagaimanapun, aku berhasrat untuk tidak mengabaikan ahli-ahli jm serta ringan tulang dalam membantu mereka.

​

Pada awal sem 2, semuanya perjalan seperti yang telah kami rangkakan. Kami juga pergi berjumpa dengan Puan Haslina di Persatuan Kanak-Kanak Islam Bangi (PKIB) untuk meminta kebenaran berprogram bersama-sama kanak-kanak istimewa disitu. Aku,Kak Mai dan Umai datang kesini dari kolej dengan menaiki kereta Kak Mai manakala Afnan dan Alif dengan motor kesayangan Alif dan Aiman sendirian. Kehadiran kami di PKIB di sambut baik oleh kakitangan disitu. Kanak-kanak disitu tidak kelihatan seperti orang kurang upaya yang lain kerana mereka merupakan kanak-kanak autisme. Tindakan mereka agak agresif tetapi mereka amat mudah sekali membaca dan menghafal al-Quran. Menurut Puan Haslina, ada je guru yang terluka akibat agresif kanak-kanak disitu.

​

Untuk mecari dana bagi menampung kos jm, aku telah mencadangkan kepada unit dana untuk menjual kerepek. Aku, Kak Mai, Nik dan Ikmal merantau sampai ke Banting untuk mencari kerepek. Sangat jauh, perjalanan kesana mengambil masa satu jam setengah. Sepanjang perjalanan, kami berborak. Dari sinilah aku megenal Nik dan Ikmal dengan lebih mendalam. Rupanya, Nik dan Ikmal kedua-duanya suka akan kucing dan haiwan. Penyayang sungguh mereka! Sampai ada seseorang tu pernah menangis sebab kucing dia jatuh singki dan sukar untuk diselamatkan. Kak Mai pula ceritakan kepadaku tentang anak yang tidak menghormati ibu bapa.

​

Pada petang hari setelah kami membeli kerepek di Banting, aku menghantar Ikmal dan Nik ke PERTIS untuk jemput menghadiri program jm kami. Aku perasan bahawa terdapat kelas untuk orang cacat penglihatan dan ramai orang cacat penglihatan disana. Mereka kelihatan sangat berdikari. Di pejabat PERTIS, kami disambut mesra oleh pengurus dan ahli-ahli yang lain. Terdapat banyak buku yang dicetak, mungkin itu buku Braille. Pengurus disitu amat ramah sekali,  beliau juga merupakan seorang alumni Universiti Malaya. Beliau mengimbau nostalgia ketika dirinya dan beberapa rakan-rakan kurang upaya yang lain membuka booth semasa hari graduasi. Sungguh hebat bagi seorang yang OKU dalam mengendalikan booth. Beliau berpesan kepada kami agar sentiasa membantu orang cacat penglihatan kerana beliau juga pernah jatuh longkang ketika berjalan di sekitar UM.

​

Langit tak selalu cerah , hidup tak selalu indah.

​

Kami digemparkan dengan jm bakal dibatalkan akibat Perintah Pergerakan Kawalan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Kami pasrah walaupun persiapan kami bagi jm hampir siap. Mungkin dengan didikan Dr Sha menyebabkan kami melakukan kerja dengan ikhlas menjadikan harapan kami dalam menjayakan jm ni begitu tinggi.

Setelah beberap hari, pengarah memberi option yang telah dibincang dengan Dr Sha. Kami memilih untuk menjalankan jm secara atas talian (e-jm). Kami merupakan jabatan pertama yang memulakan e-jm. Kami berbincang secara dalam whats app dan google meet saja. Terubat rindu dengan mereka apabila dapat bersua muka di google meet semasa meeting. Kami mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan poster, soal selidik dan video pendek. E-jm ini telah menyuntik semangat baru kepada kami untuk melakukan tugas. Unit Multimedia dan Publisiti begitu proaktif dalam memeriahkan Instagram e-jm kami dengan video yang kreatif, design poster dan ayat hebahan yang menarik.

 

Syabas kalian!

​

Sukar untuk aku merakam video pendek sebenarnya kerana rumah aku terletak di tepi jalan besar. Oleh itu, bunyi bising kenderaan begitu jelas sekali. Dari pagi sebenarnya aku merakam video dalam rumah tapi suara aku tidak begitu jelas apabila didengar semula. Pada petang tu setelah solat asar, aku dah penat untuk mengayakan tudung. Aku capai tudung sarung lalu, aku rakam dalam kereta. Begitu santai!

​

Progres ke progres akhirnya e-jm kami hampir ke penghujungnya. Para pemenang pertandingan poster dan soal selidik telah diumumkan. Video ucapan tamat e-jm oleh pengarah dan kaji selidik feedback juga telah disebarkan. Kini, tinggal laporan akhir untuk disiapkan. Aku bersyukur kerana dikurniakan ahli e-jm yang mempunyai pelbagai kerenah yang melengkapkan antara satu sama lain. Ribuan terima kasih aku nak ucapkan kepada Dr Sha selaku penasihat e-jm kami kerana meyatukan dan sentiasa membimbing kami. Harapan aku agar perhatian kami terhadap oku tidak hanya berhenti disini, semoga di lain waktu dapat kami santuni oku secara nyata. Adik-adik PKIB tunggu kami ya!

​

~~ Time fies but memories last forever ~~

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page