
syahmi
Jadi untuk subjek Jalinan Masyarakat,JM bagi sem 2 ni, memang banyak ilmu dan pengalaman baru yang aku dapat sepanjang jm nii. Pada mulanya memang aku kosong tak tahu apa-apa pasal JM ni. Ingatkan cuma buat program lepastu siap. Ingatkan mudah la kiranya awal-awal tu, sebab tak ada idea lagi apa tu JM . Sekali bila dh meeting bincang aktiviti apa semua, baru aku sedar rupanya proses nak buat sesuatu program tu bukannya mudah, banyak benda dan persiapan yang perlu dititikberatkan. Tapi Alhamdulillah apa yang aku nampak semua ahli JDPI ni semuanya bersemangat. Jadi secara semulajadi nya aku pun rasa semangat. Awal-awal masa bincang aktiviti apa nak buat lagi memang macam-macam idea yang keluar dan semuanya berjalan dengan lancar dengan bimbingan Dr.Sha.
Dan seterusnya kami pun dibahagikan mengikut kumpulan bagi menguruskan unit masing-masing. Aku dimasukkan dalam unit perhubungan luar tapi aku dimasukkan lambat sikit sebab ada masalah tertentu. Jadi mula-mula memang bingung sikit sebab masing-masing macam dah ada tugas tersendiri. Tapi dengan tunjuk ajar rakan-rakan dalam unit aku, aku dapat banyak belajar. Contohnya, mendekati syarikat-syarikat luar melalui emel bagi mendapatkan dana, ada jugak melalui panggilan telefon secara terus. Tak dilupakan pengalaman menghubungi ahli panel untuk mendapatkan khidmat beliau bagi forum yang akan dijalankan. Pada mulanya memang kekok sebab langsung tak ada pengalaman dalam menghubungi orang luar bagi menjayakan sesuatu program. Tambahan lagi, pengalaman mencari dana jugak tak akan aku lupa. Macam macam yang kami buat untuk mencari dana bagi program kami seperti menjual roti sosej, gula gula, cha bang ang dan banyak lagi. Kami juga mencari dana melalui kutipan dana di masjid masjid sekitar KL. Selalu aku yang sertai program itu ini tapi kalini bila menjayakan program sendiri bawah subjek JM, aku jadi amat menghargai orang-orang yang bekerja di sebalik tabir. Sebelum ni tak pernah terfikir kesusahan di sebalik menjayakan sesuatu program.
Tapi tentu saja semua benda bukannya ada manis saja, pasti ada konflik seperti drama-drama melayu pukul 7. Akibat daripada pandemik covid19 perancangan asal kami terpaksa dibatalkan, memang agak kecewa dan sedih sebab macam-macam yang kami dah buat, tinggal masa untuk program berlangsung ja tapi apakan daya, takdir tuhan telah menentukan segalanya. Tapi kami tidak berputus asa, program awalnya yang bertemakan OKU tetap kami teruskan tapi kalini secara online. E-JM ternyata berjalan dengan amat lancar bagi kami. Semuanya seperti telah dipermudahkan. Mungkin disebabkan pengalaman yang kami ada semasa persiapan JM yang telah dibatalkan sebelum ni. Aktiviti yang dijalankan seperti Video ahli JM, pertandingan poster dan kuiz juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan memberangsangkan. Jadi aku amat bersyukur kerana e-jm yang dirancang telah berjaya ditamatkan dengan jayanya baru-baru ini. Aku berterima kasih atas rakan-rakan jabatan aku yang amat baik dan sentiasa membantu sesama sendiri. Turut berasa bangga kerana JDPI merupakan salah satu jabatan yang terawal melaksanakan e-jm. Syukur Alhamdulillah.