
FADHLIN
Alhamdulillah program ini telah dengan berjalan lancar dengan kerjasama dan bantuan rakan-rakan sekelas serta peserta-peserta program dan terutamanya kepada Dr. Sha atas segala tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan. Buat pertama kalinya saya mendapat pengalaman berada dalam unit data dan analisis (Redaksi 2). Rakan-rakan seunit banyak membantu saya dalam penyempurnaan tugas masing-masing dan memberikan tunjuk ajar serta contoh yang baik. Contohnya dalam penyempurnaan gantt chart, timeline, google form dan banyak lagi. Terima kasih kepada ahli-ahli redaksi 2 kerana memahmi saya dan tidak pernah lelah memberi tunjuk ajar kepada saya.
Sebaik sahaja pengumuman PKP, semua aktiviti lapangan terpaksa dibatalkan termasuklah aktiviti JM yang kami sudah rancang dari awal sampai habis :’) Padahal kitorang dah excited nak pungut derma kat masjid masatu. Lepas je pungutan dana yang first, next week tu tak ada lagi. Semua dah kena duduk rumah je. Barang-barang jualan tak sempat habis lagi dah tak boleh jual. At first rasa sedih jugak sebab banyak benda-benda yang dirancang semua tak menjadi. Dengan semua orang dah balik rumah meanwhile saya pulak masih dekat kolej lagi la bertambah sedih.
But after that kitorang sekelas buat comeback dengan buat E-JM iaitu aktiviti secara atas talian sahaja. Bunyi nampak macam tak gempak tapi sebenarnya gampak gileee hahaha. Dengan semangat peserta-peserta setiap aktiviti yang berkobar-kobar buat poster quiz semua tapi sis leha tu malu-malu pulak tuntut hadiah. Cerita pasal google form kitorang pulak awal-awal tu memang sendu la tak banyak dapat sambutan but kitorang terus sebarkan dan memohan di group-group whatsapp yang ada budak API supaya diorang jawab tu google form. “assalamualaikum, tolonglah jawab survey kami” inilah yang saya foward ke beberapa group agar diorang bantu kami capai target bilangan responden. Kalau kontak2 rapat pulak saya memang chat terus tanpa rasa malu-malu dah. Memang cakap terus “tolong la ba isi”. Merayu habis-habisan sehabis yang bolehh!!
Walaupun hanya sekadar atas talian tapi aktiviti ini dapat merapatkan ukhwah kami semua. Lagi-lagi saya yang jenisnya memang tak suka sangat bercakap hahah tapi mereka yang lain tidak sekali pun mensisihkan saya dalam setiap perkara gituww. Sekian itu sahaja tulisan terakhir yang saya dapat sumbangkan bagi mneyempurnakan subjek Jalinan Masyarakat ini. Harapnya kita sekelas dapat la markah cantik-cantik yee hehehe. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr.Sha kerana tidak pernah penat membimbing kami walaupun garang sedikit tapi kami tau itu hanyalah supaya kami buat dengan sehabis baik. Sebab peluang buat JM ni sekali je, mana ada berkali-kali unless you nak ambil sekali lagi. Terima kasih kepada Unit Multi bagi poster cantik-cantik,video cantik-cantik. Terima kasih Unit Redaksi 1 atas video-videonya dan terima kasih Unit Editor banyak tidying the process hehe. Last sekali thankyouuu para MT guide kami anak-anak bawahan kamu. Cayang semua muahh hahaha. See you when I see youu,byeee <3