
RAIHAH
Pada awalnya,kami ditugaskan menjalakan aktiviti Jalinan Masyarakat (JM) ini dengan kerjasama yang padu dari semua ahli. Belum ‘start’ JM lagi sudah membuat undian berkaitan ahli jawatankuasa dan pemilihan tema serta trademark JM.Tak lama selepas itu Saya (Raihah),Amirul dan Zul ditugaskan berkaitan mengendali Makanan dan Kebajikan.Setelah mencuba dapatkan sponsor dari beberapa café di UM,maka hasil usaha kami bertiga berhasil mendapatkan sedikit sponsor pada tarikh pelaksanaan program.Pada awal pertemuan kami bersama puan Faridah bagi berbincang mengenai program.Kedatangan saya buat pertama kali di lokasi membuatkan rasa gembira dan tenang melihat suasana dan cara mereka mengendalikan OKU di sana.Kami sepasukan bersemangat menjayakan program JM ini dengan menarik dan memberi pengalaman serta mengeratkan lagi ukhwah antara kami dalam kerjasama ini.Kami bertungkus lumus mencari dana dan tajaan dari pelbagai sumber untukmencecah 5K.Antara usaha bersama kami mengumpul dana ialah,menjual roti sosej dan gula-gula,berniaga air cha ba ang dan dana taklifan di masjid pada hari jumaat.Alhamdulillah,syukur berkat usaha kami tanpa putus kami dapat mengumpulkan dana hampir 3K.
Namun apakan daya, perancangan Tuhan lebih baik dari apa yang kami rancangkan. Program JM kami terpaksa ditangguhkan di atas wabak covid-19 . Saya selaku AJK Kebajikan bertungkus lumus mencari mask dan hand sanitizer yang tersisa namun,kebanyakkan stok habis dijual akibat panic-buying dari orang ramai.Kami berhasrat untuk meneruskan program dengan menjaga keselamatan mengikut SOP akan tetapi wabak ini semakin mebahayakan setelah diumumkan wabak pendamik yang mengancam ribuan nyawa.Maka, kami menuruti Perintah Kawalan Pergerakan dan mengadakan perbincanagan semula bagi meneruskan program JM pada sem ini. Kami meneruskan program JM yang bertemakan OKU rasa dikongsi perbezaan dirai di atas talian dengan menarik minat orang ramai serta mempromosikan aktiviti yang bakal kami jayakan dengan wang kemenangan hasil dari kutipan dana kami beramai-ramai.
Antara program yang kami jayakan ialah, PERTANDINGAN KUIZ ,BORANG SOAL SELIDIK dan PERTANDINGAN POSTER.Saya berada di kumpulan redaksi 2 iaitu analisis dari google form tentang pengetahuan orang ramai dan kesedaran masyarakat berkaitan OKU.Saya belajar cara membuat laporan dengan mengikut format dan arahan dari pihak atasan. Alhamdulillah,satu persatu program yang kami adakan berlangsung dengan baik. Banyak pengalaman yang saya dapat antaranya dapat membuang rasa malu ketika di hadapan camera untuk berkongsi video, gabungan kerjasama yang mantap dan mengikut trend seperti mengucapkan SELAMAT HARI RAYA bagi menarik perhatian orang ramai melawat Instagram kami sekaligus mempromosikan program kami.Selain itu, kami juga turut memberi sumbangan dan cenderamata yang telah kami usaha kumpulkan kepada pusat OKU sebagai tanda kenangan.Saya merasakan kursus Jalinan Masyarakat ini adalah satu kursus yang menarik yang mana dapat menimbulkan semangat berpasukan,tidak berputus asa serta mendekati setiap lapisan masyarakat.