
HAZIQ
Kisah JM
​
First of all, kisah jm aku bermula dengan suatu kesedihan dimana meeting yang pertama julung kalinya antara batch kos aku, aku tertidur. Malam sebelum meeting tu memang dh dalam mindset aku aku cakap “Haziq esok meeting, jangan terlajak !!” tapi apakan daya, aku terlewat sikit bangun masa tu. Aku sedar-sedar dh terlewat, tapi aku tak putus asa ! aku bangun siap-siap, start moto pergi ke fakulti tempat meeting kitorang, lpstu aku tk sedap hati aku call alep untuk menanyakan sekarang meeting tengah buat ap, astu alep telah menyatakan bahawa meeting dh habis dan dengan luluh hatinya aku pun balik semula ke kolej tanpa apa-apa.
​
Tapi sebelum aku endcall dengan alep, aku minta untuk supaya aku sama biro dengan dia lepas tu alep okay je, pastu alep ckp aku dengan dia biro pengangkutan dan logistik. So maksudnya aku dengan alep sama biro, aku dh excited dah time tu. Lepastu bila aku tnya dia siapa ketua biro kita , dia ckp “aku laa ketua nya”. Aku terdiam hahahaa kalini aku dibawah naungan abang alep. Tapi tkpe semua tu tak jadi masalah.
​
Okayy, memandangkan biro kitorng ialah Biro Pengangkutan dan Logistik, so segala apa-apa tentang pengangkutan untuk program dan segala tentang nak beli-beli barang kitorng settlekan. Tentang pengangkutan, alep settlekan bas dan aku settlekan untuk van. So time tu, aku settle pasal van, search google Van untuk disewa bersama pemandu, time aku survey tu, aku jumpa dua jenis van iaitu yang murah atau yang mahal. Yang mahal rm300 sehari manakala yang murah punya rm100 sehari. Jauh beza doo, tapi selepas aku survey dengan secara mendalam, van yang murah tu rm100 sehari tu memang laa murah, van tu untuk angkat barang laa em.Tapi kalau nak sewa boleh je takde masalah pun Cuma nanti okay ke tk okay duduk lantai van ? hahaa. Lepastu try survey van kolej pula, dekat 3-4 kali juga laa aku turun naik hepa untuk mohon van kolej but at the end ditolak sebab van kolej adalah diutamakan untuk kegunaan kolej.
​
Skop kerja seterusnya ialah berkaitan dengan logistic, iaitu beli-beli barang apa semua. Setiap kali kitorang beli barang dengan hanya lah menaiki motosikal, sekali je grab dan yang lain kitorang pergi dengan motosikal. Alep si penunggang, Haziq ni pembonceng. Disebabkan kenderaan yang ada hanya motosikal, jadinya kalau ada barang banyak yang hendak dibeli, kitorng standby siap-siap dah beg mountain yang besar tu. So nanti barang banyak-banyak letak je dalam beg tu. Ada sekali tu budak-budak ni ramai-ramai nak buat chabang ang dengan roti sosej untuk dijual. Lepastu time tu, menjadi tugas biro logistic untuk beli barang. Susu, Sosej, roti berbungkus-bungkus barang-barang apa semua kitorang bawa nya dengan menggunakan moto dengan bantuan beg yang besar tu hahaa. Semua ni seronok sebab ianya mengajar aku tentang kehidupan, beli barang-barang dapur ye laa lelaki kan so benda ni sedikit sebanyak memberi kesan juga lah dalam hidup aku. Yang pasal order van untuk program tu pun aku sedikit sebanyak belajar dari situ, belajar berinteraksi dengan orang, deal dengan orang, fahami orang haa ye lah, dah kalau kita berinteraksi dengan orang yang tua, kita tk boleh taip mcm kita chat dengan member-member. Itu boleh dikatakan antara sedikit sebanyak impak yang aku dapat dari program ni.
​
Lepastu, kami dikhabarkan dengan satu pandemic iaitu pandemic covid-19 yang merebak ke seluruh negara dengan pesat. Dengan pengkhabaran tersebut, maka terputus lah satu keputusan yang menyatakan untuk program jalinan masyarakat ni dilakukan secara online. Segala biro apa semua hampir 70% plan perlu ditukar dan disusun balik. Dan hasilnya, aku dimasukkan ke dalam biro multimedia dan publisiti hahaa. This is my first time duduk dkt unit tu, supporting teams sebab semua ada kerja masing-masing lepastu kalau ada kekurangan mana-mana, diorang support each other.
​
And last, the main point yang aku dapat daripada program ni ialah, of course dapat pengetahuan yang lebih mendalam pasal oku, dapat tak tahu jadi lebih tahu tentang oku. Dan ianya sedikit sebanyak bukan sahaja memberi impak kepada masyarakat, tapi kepada aku, dan kawan-kawan yang mengelola juga tu dapat.