
MAISARAH
Karya Pertama
Mereka - OKU 💜
Dianggap lemah oleh sesetengah pihak.
Dipandang rendah oleh segelintir manusia.
Ditunding hina oleh sekelompok masyarakat.
Namun, mereka tetap teguh berdiri.
Mereka tetap cekal mengharungi.
Mereka tetap tabah menghadapi.
Kerana mereka tahu,
merekalah insan yang luar biasa.
Hentikan diskriminasi !
Mereka juga punya hati.
Pesanan Mesra;
MaiSarahNoor 🌷
Karya Kedua
O.K.U. 💜
Mengapa masih timbul permasalahan diantara makna sebenar tiga huruf ini? Mengapa masih menjadi isu perdebatan dikalangan masyarakat yang normal akan makna tersurat tiga huruf ini? Semua itu bukan lah menjadi suatu isu yang perlu diperbahaskan. Kerana setiap orang mempunyai definisi dan pandangan masing-masing. Kita sepatutnya berfikiran lebih terbuka dan rasional dalam menerima pendapat atau pandangan orang disekeliling kita. Disini saya huraikan secara ringkas untuk dua definisi yang sering dipersoalkan.
Pertama: Orang Kurang Upaya
Untuk definisi O.K.U yang pertama ini, sering digunakan dalam menerangkan apa makna sebenar tiga perkataan itu. Telah menjadi kebiasaan dalam norma kehidupan masyarakat pada hari ini, dengan memahami konsep makna ini lah yang digunakan oleh golongan O.K.U. itu sendiri, orang kurang upaya. Mereka menganggap, mereka bukan tiada upaya, tetapi hanya kurang upaya, mungkin pada satu kekurangan atau lebih, dari segi fizikal mereka, hatta dari segi mental sekali pun.
Kedua: Orang Kelainan Upaya
Seterusnya, definisi kedua ini juga sering digunakan oleh masyarakat dalam memahami makna disebalik O.K.U. Mereka menggunakanan perkataan "kelainan" ini kerana mereka percaya bahawa golongan ini adalah insan yang luar biasa. Mungkin golongan ini pada pandangan mata kasar, mereka kurang upaya, tetapi mereka ada keupayaan yang tersendiri yang diberikan kepada mereka, yang lain daripada lain. Oleh kerana itu, istilah kelainan digunakan untuk menghargai kelainan keupayaan yang ada pada mereka, yang tidak ada pada orang lain.
Kesimpulannya, apa sekali pun lafaz definisi yang digunakan, sepatutnya tidak menjadi permasalahan dalam memahami konsep O.K.U itu. Ianya hanya berbeza definisi pada huruf "K" dalam memahami konsep O.K.U. Yang penting disini, adalah bagaimana cara kita menyantuni, melayani dan menghargai golongan ini dalam kehidupan kita. Oleh itu, ayuhlah bersama-sama memulakan perubahan ke arah yang lebih baik. InshaAllah.
Ingat,
Mulakan tanpa tapi,
Lakukan tanpa nanti.
Pesanan Mesra,
MaiSarahNoor 🌷
Karya Ketiga
Kepimpinan 💜
Andai cantiknya si burung merak disaat membuka sayapnya, cantik lagi peribadi seseorang kerana akhlaknya. Andai gagah si singa dalam menumpaskan mangsanya, gagah lagi peribadi seseorang dalam mengemudikan kemarahannya.
Itulah perumpamaan bagi pemimpin-pemimpin yang berjaya dalam mengawal emosi dan menguruskan sesuatu amanah yang diberikan. Menjaga lisan, menjaga akhlak dan saling menjaga dalam satu orgaisasi.
Disaat yang lain memerlukan bantuan, disisi yang lain terus memberikan huluran. Tanpa memandang perbezaan skop kerja, tetap bersama mendepani cabaran. Bukan satu, bukan dua, tetapi lebih dari itu cabaran yang dilalui bersama.
Kadang perbezaan pendapat tercetus dalam kalangan mereka, kadang perselisihan pandangan membakar kebersamaan mereka. Namun, kerana bijaknya pemimpin-pemimpin ini dalam menguruskan keadaan, telah meredakan dan menyatukan kembali hati-hati mereka.
Kadang kesibukan membuatkan diri terlupa dalam menjalankan amanah yang satu ini, kadang kepenatan yang melanda turut mengaburkan jalan yang perlu dilalui. Akan tetapi, mereka akan segera menarik kembali antara satu sama lain, dengan sentiasa memberi ingatan, teguran dan semangat untuk meneruskan perjuangan ini.
Itulah mereka, pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar. Saling bersama, bersatu hati. Persoalannya, siapakah mereka? Itulah KITA SEMUA, JDPI TAHUN 1🔥.
MaiSarahNoor 🌷
Karya Keempat
Perancangan 💜
Dalam hidup, tidak semua yang dirancang, dapat berjalan seperti yang diharapkan. Bukanlah dinamakan cabaran, seandainya semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang ujian.
Perancangan yang telah diatur dan disusun rapi, sudah hampir ke garisan penamat. Hanya menanti akan ketibaan hari yang ditunggu-tunggukan. Tetapi, angkara si "dia" musnah segala perancangan, angkara si "dia" jugalah telah banyak nyawa terkorban. Itulah si "dia", COVID-19. Yang datang membawa virus, dan akan pulang meninggalkan sejuta hikmah, InshaAllah.
​
Namun, suka untuk diingatkan buat semua. Kita manusia hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang menentukan. Redha dan sabar, itulah kunci dalam menerima ketentuan Ilahi. Haruslah nekad dihati penuh keazaman, untuk tetap teguh dan gigih melakar lukisan masa depan yang lebih jelas dan teratur.
Usah gusar, usah gentar. Kita adalah SATU. Sentiasa bersama susah senang dalam meneruskan episod yang seterusnya. Nah, terbukti kita telah mampu mengakhiri episod Jalinan Masyarakat, dengan jayanya. Alhamdulillah!
Tanpa dorongan pensyarah (Dr. Sha) yang sentiasa menyuluh, tanpa doa ibu ayah yang sentiasa terhubung, tanpa kebersamaan sahabat-sahabat JDPI Tahun 1, dan paling penting, tanpa izin Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Memudahkan, tidak lah kita semua sampai ketahap ini.
​
Sekalung penghargaan ku kirimkan buat semua, yang banyak memberi tunjuk ajar dan saling membantu. Maafkan segala kekurangan dan kelemahan sepanjang diri ini bersama dalam perjuangan ini. Moga Allah kurniakan kemudahan buat kalian, didunia dan akhirat. Memori ini, akan ku simpan kemas didalam diari hidupku yang sangat memberi sejuta makna. Terima kasih dan terima kasih.
Yang Menghargai;
MaiSarahNoor 🌷