top of page

 TOKOH OKU MALAYSIA

Encik Sukur Ibrahim merupakan pemilik kepada Syarikat D Strike Solution Sdn. Bhd. Meskipun beliau cacat pada anggota tangan dan kaki namun itu bukanlah penghalang untuk beliau mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini beliau telah mengusahakan selama 8 tahun perniagaan pemasangan karpet melalui syarikatnya itu sehingga berjaya memenangi Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan).

Dr. Ruzimi Mohamed merupakan seorang graduan Orang Kurang Upaya yang dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-62. Beliau menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sains Komputer di Universiti tersebut. Anak kelahiran Kota Bharu ini menghadapi kekurangan fizikal sejak dilahirkan iaitu tangan kirinya kudung sehingga siku dan kedua-dua kakinya sehingga paras peha. Sebelum bergelar sebagai Doktor Falsafah beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat).

Dr_edited.jpg

Encik Zhariff Affandi merupakan pemilik kepada Syarikat The Zhariff Initiative (TZI) Sdn. Bhd. Beliau yang dilahirkan tanpa mempunyai kedua-dua belah tangan telah berjaya memenangi Anugerah Belia Perdana pada Tahun 2011. Peranan beliau dalam menubuhkan syarikat tersebut adalah bertujuan untuk memupuk dan membangunkan nilai-nilai sosial yang bertanggungjawab untuk agensi korporat, kerajaan, insititusi akademik dan pertubuhan lain. Beliau berkelulusan dalam bidang Ijazah Sarjana perkembangan psikologi dari Universiti Graffifth, Australia dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sosisologi

Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh merupakan seorang yang cacat penglihatan sejak beliau dilahirkan. Namun, perkara yang amat tertarik pada beliau adalah walaupun seorang yang buta tetapi beliau dilantik sebagai Senator Pakar Ekonomi OKU pertama di Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang pensyarah (Naib Kaunselor) di Kolej  Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT). Menurut akhbar utusan beliau tercatat di Guinness Book of Record sebagai orang cacat penglihtan pertama yang memperoleh Ijazah Kedoktoran. Kejayaan beliau tidak boleh dipertikai lagi apabila diangkat sebagai pemegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa, Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II.

 FILEM OKU MALAYSIA

REDHA

GUANG

GARANG

PEKAK

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page