top of page

azrul

Alhamdulillah, berakhir juga aktiviti Jalinan Masyarakat kami, pelajar tahun 1 dakwah dan pembangunan insan yang telah berlangsung dengan jayanya walaupun menghadapi banyak halangan dan dugaan kerana wabak covid-19 yang melanda dunia sekarang. Tetapi tidak mengapa, tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti Jalinan Masyarakat yang di rumah masing-masing secara dalam talian, online la kata orang. Lalu kami pun menamakan jalinan masyarakat kami sebagai e-jalinan masyarakat. Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya Nor Azrul Irfan bin Suhaili atau lebih dikenali sebagai Azrul. Jadi untuk Jalinan Masyarakat kalini saya telah dipilih untuk masuk di dalam unit multimedia dan publisiti. Walaupun di luar bidang kuasa saya untuk memilih jawatan lain, tetapi tidak mengapalah, silap saya juga kerana tidak hadir ke meeting pertama semasa pemilihan jawatan kerana sibuk dengan final exam ketika itu. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini. Saya hanya redha dengan ketentuan ilahi.

 

Selepas terbatalnya plan asal kami untuk membuat program, lalu kami ditugaskan untuk meneruskan program secara online. Saya daripada unit multimedia dan publisiti ditugaskan untuk membuat satu akaun Instagram untuk menghebahkan program yang kami akan buat. Alhamdulillah, setakat harini 450 orang telah menjadi followers kepada Instagram kami itu. Instagram yang berusername Jdpi_1920 telah mendapat tempat di hati ramai masyarakat dan sambutan untuk setiap post telah mendapat sambutan yang agak memberansangkan. Walaupun pada awalnya nampak sukar, kami Bersama-sama menaikkan Instagram kami dengan jayanya. Untuk permulaannya, setiap daripada ahli jalinan masyarakat diarahkan untuk membuat video masing-masing berkaitan dengan OKU dan saya telah memilih tajuk Jenis-jenis OKU yang terdapat di Malaysia. Setelah habis edit video, saya telah memberikan video kepada unit redaksi untuk tapisan semula sebelum di post di Instagram.

Untuk menaikkan lagi perhatian Instagram kami, saya telah menghasilkan beberapa idea untuk dihasilkan dengan menggunakan apps Photoshop. Antaranya, membuat kad jemputan kepada semua untuk menonton video setiap ahli kami. Kad jemputan yang saya telah buat di inspirasi daripada kah kahwin. Seterusnya, saya juga telah membuat beberapa poster isu semasa untuk menarik lagi perhatian orang-orang di luar sana untuk mengikuti Instagram kami. Sebagai contoh, membuat poster berkenaan tentang hari kesedaran Autism, poster tentang perkara yang perlu dilakukan semasa wabak Covid-19, dan sebagainya. Saya juga telah menyediakan template poster, template story supaya mempermudahkan lagi ahli-ahli multimedia yang lain untuk sama-sama membantu membuat poster yang menarik. Logo-logo di dalam poster saya telah selarikan dengan protokol poster yang betul setelah saya belajar daripada Hakim Aziz, pelajar tahun akhir Jabatan dakwah dan pembangunan insan, yang pernah bekerja di Kementerian Dalam Negeri.

 

Saya juga telah membuat poster unit untuk setiap ahli yang berkonsepkan minimalist dan warna pastel. 10 hari sebelum Ramadhan, saya juga telah membuat poster countdown untuk Ramadhan dan diselitkan dalil-dalil yang berkaitan dengan Ramadhan. Setelah tibanya Ramadhan, saya telah mendapat satu lagi idea untuk menarik perhatian orang ramai iaitu dengan membuat Universiti Ramadhan. Universiti Ramadhan ini terbuka untuk semua individu muslim di dunia, dan universiti ini sah digunakan sampai bila-bila kerana ianya berkaitan dengan ibadah muslim semasa di bulan Ramadhan. Kandungan Universiti Ramadhan ini sama seperti universiti-universiti yang ada di dunia dengan menerapkan konsep Pendidikan, kelas, jadual kelas, dan akhir sekali pointer untuk semester tersebut iaitu semester Ramadhan.

 

Untuk tujuan sebenar Instagram itu diwujudkan adalah untuk membuat video tentang kesedaran masyarakat mengenai OKU, membuat pertandingan poster, dan menyediakan google form berkenaan OKU kepada mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaya untuk melihat sejauh mana keprihatinan mereka kepada golongan OKU, dan membuat pertandingan Kuiz kepada seluruh masyarakat berkenaan dengan OKU. Untuk pertandingan poster, saya dipilih untuk menjadi salah seorang hakim untuk memilih pemenang. Terdapat 5 buah poster yang telah menarik perhatian saya. Semuanya hebat belaka dan keputusan hakim semua adalah muktamad. 3 pemenang telah disenarai pendek. Saya telah membuat poster cek hadiah untuk ketiga-tiga pemenang tersebut. Untuk kuiz pula, 3 orang juga telah disenarai pendek. Saya telah membuat poster penghargaan untuk semua yang menyertai pertandingan kuiz.

 

Setelah berakhirnya Ramadhan, maka muncullah syawal sebagai tanda kemenangan 30 hari berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Setelah berakhirnya program, maka muncullah hari kemenangan iaitu program habis. Maka untuk hari raya, saya telah membuat satu poster selamat hari raya yang diinspirasikan oleh mak saya sendiri dengan adanya ketupat, bunga api, dan suasana kampung sebagai background poster tersebut. 

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page