
ATHIRAH
Test bismillah…alhamdulillah syukur kepada Allah Ta’ala yang memberi kita nikmat iman dan islam,memberi kita nikmat untuk bernafas,melihat dan mendengar, masih sempurna segala anggota badan. Alhamdulillah tanda kesyukuran. Jadi, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman diri sepanjang berada dalam unit hubungan luar untuk subjek jalinan masyarakat.
​
Pada zaman dahulu… Perjumpaan kali pertama akan diadakan!!!. Macam biasalah kalau nak buat program kita akan susun organisasi supaya gerak kerja lebih teratur. Semua orang diberi pilihan untuk join mana-mana unit dan disebabkan sayang kepada kawan-kawan(hahaha) saya bagilah peluang untuk yang lain pilih unit yang mereka minat dulu (acah je ni sebenarnya tak tahu nak masuk unit mana). Tiba-tiba ada orang mention “nik” untuk unit perhubungan luar dan untuk pencarian dana juga lebih dikhususkan kepada unit ni. Tak sempat nak cakap apa-apa ketua dah tulis nama kat papan putih(sedih). Maka saya diletakkan ke dalam unit PERLU bersama seorang kawan yang menjadi ketua beserta PIC daripada pengarah program sendiri. Waktu ni dah nak dekat cuti sem jadi kami tak sempat nak berbincang apa-apa maka bincang atas talian sahaja.
​
So masuk je cuti sem kitaorang start bincang. Oh ye, kami berdua tak pernah ada pengalaman dalam unit ni. Jadi,kami lebih banyak mengikut arahan termasuk berkaitan ‘dana’ dan bertanya kepada PIC. Apa-apa maklumat baru akan disampaikan dalam group ketua-ketua sahaja. Tapi beberapa minggu cuti, ketua saya terpaksa ikuti latihan palapes dan jarang nak buka handphone, tapi dia tinggalkan beberapa tugasan. PIC saya pula dapat peluang pergi umrah ketika itu dan tinggallah saya keseorangan :’) . Seperti yang saya katakan tadi, apa-apa maklumat akan disampaikan ke dalam group para ketua. Ketua dan PIC saya dua-dua busy dan saya akan lambat tahu maklumat yang dibincangkan dalam group. Satu hari, ketua cakap setiausaha nak ‘update’ gerak kerja. Disebabkan ketua agak busy jadi saya buatkan laporan dan hantar kat dia dan saya fikir dia akan hantar sendiri laporan tu kat setiausaha(hahaha). Beberapa hari kemudian, saya dapat mesej dari setiausaha sendiri dan tanya tentang update. Takde angin takde ribut tiba-tiba dia membebel dengan tak bagi salamnya.(hahaha) Waktu ni saya agak terkejut dan dengan tidak sengaja air mataku jatuh. Yelah,kena marah dengan benda yang kita tak tahu apa-apa :’). Saya sedar itu salah saya sebab tak tanya sendiri kat ketua samada dia atau saya yang akan hantar laporan tu jadi saya membuat keputusan minta maaf jelah (kalau gaduh nanti lain pulak jadinya). Disebabkan berlaku missed communication dan ketua saya busy, saya ditukar untuk menjadi ketua atas arahan pensyarah. Jadi, redha adalah perkara yang paling utama dalam situasi ni.
​
Tugas kami adalah untuk mencari NGO atau persatuan untuk menyumbangkan dana dan bekerjasama membuka booth ketika program forum di “Cube” APIUM dan lawatan ke pusat jagaan OKU. Cabaran berhubung dengan orang luar ni salah satunya untuk menunggu keputusan persetujuan daripada pihak mereka. Memang ada yang bagi maklumbalas dengan cepat dan ada juga memakan masa lebih seminggu dan alhamdulillah ada beberapa NGO yang sudi bekerjasama dengan kami. Tibalah waktu perjumpaan dengan pensyarah, dan pada hari itulah kami dimaklumkan bahawa pencarian dana tidak boleh diberikan kepada kami sebab tugas kami pun memang dah agak berat. Yes,,satu bebanan yang agak besar makin hilang. Terima kasih Dr… jadi kami hanya fokus untuk mencari NGO untuk booth dan rakan yang boleh menjadi “crowd” untuk forum nanti. Punyelah gigih mencari,, ada je masa terluang antara kelas kitaorang pergi HEPA, fakulti lain untuk ajak crowd. Saya sangat bersyukur ada team yang function dan kawan-kawan yang sangat banyak membantu walaupun mereka berada di lain-lain unit. Ada yang bantu sama-sama untuk call, pinjamkan handphone sebab kredit kami dah habis dan macam-macam lagi sampai ada yang turut sama tolong walaupun kesihatan tak berapa baik sampai demam-demam..Terima kasih semua kawan-kawan yang disayangi..tapi akhirnya semua tu terpaksa dibatalkan disebabkan isu COVID-19 dan kami semua terpaksa menjalankan program lain secara online…walaupun program asal tak dapat dijalankan,,segala suka duka,penat lelah untuk jalankan program dulu takkan pernah dilupakan..itulah antara pengalaman yang paling berharga selama hampir setahun berada di UM..pengalaman yang sangat banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang dan dikesempatan ini saya nak berterima kasih ahli unit,pengarah dan kepada semua sahabat-sahabat terutama yang banyak bantu saya walaupun berbeza unit,,banyak bagi sokongan dan tak dilupakan juga Dr yang sangat banyak beri tunjuk ajar..semoga Allah membalas segala usaha kita untuk menjalankan program yang penuh manfaat dengan kebaikan..sampai sini jelah ceritanya..kalau nak cerita lagi sampai esok pun tak habis(hahaha) ..harap-harap kerepek kita kat bilik tu berada dalam keadaan yang baik lah ye😊