top of page

illawati

Nama aku illa. Aku merupakan mahasiswi di Universiti Malaya. Aku ditawarkan bidang Sarjana Muda Usuluddin (Dakwah dan Pembangunan Insan) di Universiti Malaya. Tahun 2019/2020 ini merupakan tahun pertama aku di Universiti Malaya. Pada dua tahun lepas iaitu tahun 2017 sehingga tahun 2019, aku mengambil Asasi di dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Malaya Nilampuri yang boleh juga dikenali sebagai APIUMNP. Setelah keputusan aku di APIUMNP keluar dan aku dinyatakan layak melanjutkan pelajaran ke sarjana muda di Universiti Malaya. Fakulti aku ialah Akademi Pengajian Islam (API) dan jabatan aku dinamakan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI).

​

   Okayyy habis sudah sesi suai kenal hehheheh... Sebenarnya aku disini ingin menceritakan satu pengalaman aku semasa tahun pertama aku di Universiti Malaya. Cerita ini aku berikan tajuk “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”. Kenapa aku bagi tajuk ini ? okayy .. Sini aku ceritakan ..

​

   Semasa semester dua tahun pertama aku, aku telah mendaftar subjek universiti iaitu Jalinan Masyarakat. Subjek Jalinan Masyarakat ini merupakan subjek yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi yang menyambung pelajaran di Universiti Malaya ini. Seperti jabatan lain di dalam fakulti aku, jabatan aku ditawarkan pakej mengambil subjek Jalinan Masyarakat ini pada semester dua. Jadi, pelajar tahun 1 jabatan aku mendaftar subjek Jalinan Masyarakat ini dan penasihat subjek ini merupakan pensyarah dari jabatan aku sendiri.

​

   So, biasalah apabila disebut Jalinan Masyarakat sahaja mesti orang fikir subjek ini untuk khidmat masyarakat. Jadi pensyarah aku sudah bagi peringatan awal untuk membuat kelainan di dalam program kami ini. Dengan kata sepakat rakan satu jabatan kami memutuskan untuk ingin mengadakan program bersama kanak-kanak kurang upaya. Program kami akan berlanjut selama tiga hari dimana hari terakhir merupakan hari kami mengunjungi kanak-kanak kurang upaya ini. Kami sangat bersemangat ingin menjalankan program ini sampaikan dana yang kami kumpul sudah mencapai angka ribu dan persiapan program hampir ke tahap selesai dengan sempurna. Tapi… kami sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah SWT lah yang penentu segala-galanya.

​

   Tinggal beberapa minggu sahaja lagi masa untuk kami menjalankan program kami, Malaysia telah mengumumkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh tersebarnya virus yang dinamakan Covid-19 di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan ini menjadikan semua universiti awam di Malaysia menggunakan pembelajaran di atas talian termasuklah Universiti Malaya sendiri. Jadi disini kita boleh lihat sedangkan pembelajaran face to face tidak dibenarkan apatah lagi ingin mengadakan program ditempat yang ramai orang. Lagilah tidak dibenarkan. Jadi kami pun berbincang kembali mengenai program kami ini hmmmm sedihhh …

​

   Lama memikirkan pensyarah aku bagi dua pilihan iaitu pertama program ni ditangguh ke sem depan ataupun yang kedua mengadakan contest atas talian berkenaan dengan orang kurang upaya. Hal ini disebabkan, kami tahun 1 jabatan dakwah tersangatlah bersemangat sampaikan pensyarah aku mencari jalan lain untuk kami meneruskan program kami ini disamping dana yang terkumpul juga sangat banyak hehee .. So, kami pun memilih pilihan yang kedua iaitu contest atas talian. Contest yang dipilih ialah pertandingan poster yang bertemakan Brings Back The Colour of Happiness.

​

   Disini bermulalah cerita kami mencari peserta yang boleh melibatkan diri secara atas talian. Pertama yang kami lakukan adalah menaikkan bilangan followers instagram kami dengan menyebarkan link instagram untuk diikuti kepada rakan-rakan satu fakulti dan berlainan fakulti. Pihak multimedia kami juga menyuruh setiap ahli Jalinan Masyarakat kami ini untuk merakam video individu yang berkaitan dengan orang kurang upaya yang dimana tajuk video kami direka oleh pengarah program kami sendiri. Video ini bertujuan untuk menarik perhatian pengikut instagram kami agar mereka sentiasa mengikuti perkembangan program Jalinan Masyarakat kami ini sehinggalah pentandingan poster diadakan.

​

   Ehh lupa nak cakap, skop kerja baru aku didalam contest atas talian ini ialah PIC penghantaran poster daripada peserta. Nama unit aku Unit Redaksi 1. Jadi semasa pertandingan bermula, aku santai sedikit kerana skop kerja aku belum bermula. Tapi kalau ahli unit aku yang lain minta pertolongan, aku tolong semampu aku. Yang selebihnya kami banyak bincang dalam whatsapp group sahaja. Pada tanggal 10 Mei 2020 iaitu hari terakhir penghantaran poster, peserta petandingan mula menghantar poster melalui whatsapp dan email jabatan aku. Alhamdulillah.. pertandingan poster kami berjalan dengan lancar dan berjaya dihabiskan. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan satu jabatan aku kerana dengan kerjasama antara kami adalah penyumbang utama kepada keberhasilan pertandingan poster kami ini dijalankan.

​

   Kesimpulannya, disini boleh kita lihat. Apabila kita ingin menjalankan sesuatu kebaikan itu maka percayalah pasti akan ada jalannya sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sekian, terima kasih.

JDPI

19_20

AIMAN & IZYAN

INSTAGRAM:

jdpi19_20

TERIMA KASIH

VISIT OUR BLOG

bottom of page