
iqmal
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari yang indah buat semua⛅. Boleh katakan hampir kesemua mahasiswa universiti malaya sedang asyik menikmati cuti semester pertama yang tempohnya hampir satu bulan satu minggu. Termasuklah diriku. Cuma kelainannya ialah aku sudah dikejutkan dengan kabar angin yang mengatakan bahawa pelajar yang mengambil subjek jalinan masyarakat pada semester kedua perlu menganjurkan sebuah program. Aku tidaklah terkejut sangat, malah tertunggu-tunggu apa yang perlu dilakukan. Semangat anak Melaka lah kata 😂.
Maka pada tanggal 7 Januari 2020, seramai 22 pelajar tahun satu Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya telah terpanggil untuk membuat satu perbincangan berkaitan program yang akan dianjurkan. Macam yang sudah dimaklumkan, kami semua merupakan pelajar tahun satu, dalam erti kata yang lain ialah pelajar baru🙇. Dalam kalangan kami, masih ada yang tidak kenal antara satu dengan yang lain. Klau tanya diriku bukan tak kenal, Cuma tak ingat nama 😅. Kalau tengok muka mesti kenal. Tapi, dengan ada program yang akan dilakukan bersama ini, ukhwah kami semakin rapat. Bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri yg terasa sakit😂. Semakin bnyak masa kami luangkan bersama bagi menyempurnakan program yang akan dianjurkan. Hasil persetujuan ramai, satu program bernama ‘Bring back the colour of happiness’ telah dirangka. Secara ringkasnya program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan pelajar terhadap golongan oku♿. Bermula dengan lantikan ahli jawatankuasa sehinggalah ke sekecil kecil perkara dalam perlaksanaan program ini kami bincang bersama. Dijangkakan program ini akan berlanngsung pada 17 hingga 19 April 2020.
Setiap pelajar ada tugas dan tanggungjawab masing-masing termasuk diriku yg bertindak sebagai ketua ajk makanan dan kebajikan. Pada mulanya agak sukar untuk menjalankan tugas kerana tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan makanan dan kebajikan. Namun, berkat bimbingan dan dorongan daripada rakan-rakan yang lain aku berjaya menyesuaikan diri dengan dibantu oleh tiga orang ajk dibawah selianku. Antara persiapan yang dilakukan oleh ajk makanan dan kebajikan ialah mencari tajaan dan dana 💵 bagi menanggung kos makanan dan minuman sepanjang program berlangsung. Selain itu, kami juga berikhtiar untuk menyediakan pekakas bantuan kecemasan ‘first-aid’ sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Walaupun zahirnya tugas kami nampak mudah, namun hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan kami apabila tidak mendapat sebarang tajaan dan dana daripada mana-mana pihak. Menyedari masalah yang timbul, maka pengarah dan ahli majlis tertinggi yang lain telah berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan satu lagi potfolio yg bernama Dana dan tajaan. Lebih mengejutkan lagi apabila diumumkan bahawa aku yang akan menerajui jawatankuasa yg baru ditubuhkan ini.
Setelah mendapat tugas baharu, aku telah cuba merangka satu strategi bagi memastikan dana yang disasarkan sebnyak RM5000 dapat dicapai. Puas hendak mencari sebanyak itu😥. Tapi tak mengapa,,dengan dibantu oleh 2 ahli yang lain kami terus mencadangkan untuk membuat kutipan dana di masjid-masjid sekitar kawasan lembah pantai pada setiap hari jumaat🕌. Cadangan ini diluluskan dan percubaan pertama dilakukan melibatkan empat buah masjid sahaja. Malangnya, hasil yang diperoleh tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Kami mensasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya RM500 pada hari tersebut. Namun hanya RM150 yang dapat dikumpulkan😫. Sebagai ‘backup’ plan, kami telah meminta bantuan semua ahli untuk mengumpulkan dana taklifan sebanyak minima RM50 seorang. Ahli but bebas mengunakan kreativiti masing-masing untuk memperoleh dana yg tersebut. Bukan itu sahaja, dengan kerjasama jawatankuasa perhubungan luar kami cuba memohon dari syarikat-syarikat 🏗 yang sudi menghulurkan sumbangan. Akhirnya, dengan kecekalan dan keazaman yang tinggi kami telah menghampiri angka RM3500. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan dijangka kami akan berjaya mencapai sasaran dana yang ditetapkan🤗.
Hakikatnya, tarikh 16 Mac 2020 telah mengubah segalanya. Berikutan penularan virus terbaru yang dikenali sebagai covid-19 di negara ini, satu surat makluman oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 14 Mac 2020 yang menyarankan penagguhan perhimpunan, program sukan dan program sosial di bulan Mac dan April 2020 di semua institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) telah dikeluarkan. Hal ini sebagai langkah untuk membendung penularan COVID-19 😷 dalam kalangan semua pihak. Pengurusan Universiti Malaya juga telah bersetuju untuk menggesa semua pihak agar segala aktiviti yang berkaitan di tanguhkan. Tidak terlepas juga program yang telah dilaksanakan persiapannya hampir 70% ini. Dengan hati yang berat, semua ahli telah bersetuju untuk membatalkan penganjuran ‘Bring back the colour of happiness’😭.
Walaubagaimanapun, usaha setiap ahli tidak terhenti begitu sahaja. Dengan bantuan penasihat iaitu Dr Nur Shahidah👩, satu cadangan untuk menjalankan program atas talian di bawah subjek jalinan masyarakat telah diajukan. Hal ini memberi semangat baru kepada setiap ahli untuk berprogram. Seperti sebelum ini aku dan kawan2 yang lain berusaha untuk mengumpulkan mencapai sasaran dana RM5000. Kini tidak lagi. Program yang dirangka secara atas talian ini tidak menelan belanja sebegitu banyak bahkan dana yang terkumpul sudah melebihi kos yang diperlukan. Maka secara tidak langsung, tugasku sudah selesai😎.
Bagi menjayakan program baru nii, dimana nama program dikekalkan iaitu ‘Bring back the colour of happiness’, tiga jawatan kuasa baru telah ditubuhkan dan aku bertindak sebagai ketua AJK Data dan Analisis. Tugas aku dengan dibantu 3 ahli yang lain ialah membuat satu kajian soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap kesedaran terhadap golongan oku dalam kalangan pelajar apium. Bukan itu sahaja, dibawah program ini terdapat satu pertandingan poster yang dianjurkan dan perkongsian mengenai oku oleh kesemua ahli yang terlibat. Setiap satu dapat diselesaikan dengan jayanya😇. Segala penat lelah semua ahli akhirnya terbalas dengan berjayanya kami melaksanakan progam tersebut💪.
Memang tidak dapat dinafikan, terdapat banyak cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan tugas. Namun, setiap yang berlaku akan menjadi satu pengalaman yang berguna buat diriku dan rakan-rakan yang lain. Pengalaman ini juga telah mematangkan diri kami yang dulunya hanya ibarat seekor kucing 🐱 yang lemah kini menjadi harimau 🐯 yang gagah. Pelbagai ilmu dan pengetahuan baru telah ditimba dan diperoleh daripada program ini. Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi kami jugak bertambah baik dari hari ke hari.
Alhamdulillah aku bersyukur kerana ditempatkan bersama 22 orang insan yang hebat dan berjiwa besar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penasihat yang juga guru kami Dr Nur Shahidah bt Paad. Aku berharap ini bukanlah pengakhiran untuk aku dan rakan2 untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih berguna dan berjaya dalam masyarakat. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah S.W.T
Sekian, kalim dari hati 💕